KAK KM HADIAHKAN GELANG EMAS HAMPIR RM100k
BILA KAK KM BUAT IBU SEBAK, HADIAHKAN GELANG EMAS HAMPIR RM100,000
“Birthday mama @normahdamanhuri. Sayang doakan mak sihat, takde sakit-sakit. Apa saja mak idamkan InshaAllah sayang. Tunaikan mak. Apa yang sayang ada sekarang pun berkat doa mak,” tulis Kak KM atau Liana Rosli apabila dia membuat kejutan sehingga ibunya berasa sebak apabila menghadiahkan gelang emas besar sempena ulang tahun kelahirannya.
Kak KM turut menenangkan ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri, bahawa hadiah gelang emas itu tidak seberapa dan harganya tidak sampai RM100,000.
Menerusi video tersebut, Kak KM berkata gelang tersebut ditempah khas istimewa buat ibunya dan kesenangan dimilikinya kini adalah berkat doa daripada ibu juga.
“Ni mama nak sangat, jadi Kak KM tempah khas untuk mama. Yes bukan senang nak bagi mak menangis, selalu aku yang menangis. Ni berapa je mak, tak sampai RM100,000 pun. Apa la sangat, sayang kaya raya pun sebab berkat doa mak, ni adalah hadiah untuk mak,” katanya.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Kak KM sentiasa mengutamakan dan membahagiakan keluarga meskipun dilihat menjalani kehidupan seperti gaya barat.
KAK KM HADIAHKAN GELANG EMAS HAMPIR RM100k
Disyorkan Untuk Anda :
- 2 LELAKI YANG CUBA ‘MENCEROBOHI’ ISTANA NEGARA TEWAS
- MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS PENGARANG SARAWAK REPORT
- VIDEO LORI TENTERA JEPUN BERGERAK TANPA PEMANDU DI SEGAMAT, JOHOR
- BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/24/senyum-pagi-senyum-boleh-tapi-jangan-gelak-tonton-sampai-habis/