Kenapa Bang Non Lambat Kutip Sampah, Kan Dah Banjir Kilat Di PD

 

Air sungai melimpah disebabkan oleh hujan lebat bermula jam 9.30 malam kelmarin ketika air laut sedang pasang telah menyebabkan beberapa kawasan di Port Dickson telah dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam kelmarin, hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah dan menenggelamkan sebuah sekolah dan beberapa kediaman penduduk di Tanah Merah Site A, Chuah, Port Dickson.

“Keadaan rumah sangat kotor”.





“Walaupun banjir sudah surut sepenuhnya awal pagi nanti selut dan lumpur masih memenuhi rumah,” ujar Haw Kwi Leng, 50.

“Masalah banjir berlarutan sejak sekian lama dan kerap menenggelamkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tanah Merah Site A di sini”.

“Sudah banyak perabot rumah yang rosak akibat banjir dan tidak pasti sampai bila masalah ini akan berlarutan,” katanya lagi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan banjir kilat itu pada jam 12.50 tengah malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Kampung memberitahu tidak perlu membuka pusat pemindahan sementara berikutan tidak banyak rumah ditenggelami banjir.





“Masalah utama adalah lumpur yang perlu dibersihkan,” katanya.

Edisi Siasat merasa simpati kepada penduduk tempatan dengan kejadian banjir kilat yang melanda.

Walau pun tiada kecederaan atau kehilangan jiwa dilakukan, namun kita memahami, kerja-kerja pembersihan lumpur selepas dilanda banjir bukanlah satu perkara yang mudah.

Ke manakah perginya Ahli Parlimen Port Dickson?

Sudahkah turun padang untuk meninjau sendiri bencana yang telah menimpa penduduk di kawasan parlimen beliau atau sekadar menghantar pegawai untuk dapatkan maklumat?





Kenapalah lambat sangat kerja-kerja pembersihan sampah dilakukan, akibatnya Port Dickson dilanda banjir kilat…😉😉😉

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker