Majoriti Pesakit COVID-19 Di Hospital Adalah Golongan Antivaksin

Golongan antivaksin mendominasi katil di hospital.

Mereka tiba di hospital dengan jangkitan Covid-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi.

Fenomena ini dapat dilihat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dengan angka mereka mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid tetapi lengkap vaksinasi Covid-19.

Foktor yang bertugas terpaksa meningkatkan kewaspadaan terhadap pesakit muda antivaksin terbabit kerana mereka dikategorikan sebagai amat berisiko.





Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HTAR, Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor, memberitahu bahawa kira-kira dua pertiga daripada pesakit yang diterima hospital itu adalah berusia bawah 60 tahun dan hampir kesemuanya tidak divaksinasi.

“Baik yang pertengahan usia mahupun yang lebih muda, sesetengahnya hanya menerima satu dos manakala yang lain pula langsung tidak menerima sebarang dos vaksin,” katanya.

Dr Ahmad Tajuddin yang juga Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR, menjelaskan:

“Trend itu mula dikesan pada permulaan gelombang keempat, penghujung Jun lepas”.

“Ketika itu mereka tidak mengaitkan isu keberatan untuk divaksinasi sebagai penyumbang utama status vaksinasi pesakit berikutan pemvaksinan masih belum dilaksanakan secara meluas”.





“Bagaimanapun, mengambil kira program pemvaksinan tanpa janji temu sudah dilaksanakan sejak hampir dua bulan lepas, beliau kini berpendapat faktor keberatan untuk divaksinasi merupakan penyebab utama situasi itu”.

Status vaksinasi pesakit mempunyai impak yang besar terhadap tahap pemulihan mereka.

“Kami dapati ada perbezaan umpama langit dengan bumi”.

“Jika seseorang pesakit itu telah divaksinasi, keadaannya tidak mungkin merosot teruk”.

“Namun, jika dia (tidak divaksinasi) dan tiba dalam keadaan tidak begitu teruk, keadaannya boleh berubah dan merosot dengan cepat”.





“Andai kata seorang pesakit tiba dalam keadaan kategori 4, iaitu perlukan bantuan oksigen serta tidak divaksinasi, maka kami perlu tingkatkan kewaspadaan kerana dia adalah red flag bagi kami,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker