Makmal Dadah Di Kondo Mewah Mont Kiara Di Serbu

Satu serbuan yang dilakukan di kondo mewah Mont Kiara oleh pihak JSJN PDRM di dalam Ops Eltanin telah membongkar kegiatan memproses dadah di kondo mewah tersebut.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, empat lelaki berusia 21 hingga 49 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira jam 8 malam itu.

Polis merampas heroin seberat 11.95 kilogram dianggarkan bernilai RM160,130, kafien seberat 25 kilogram (RM8,500) dan peralatan memproses dadah.

Hasil soal siasat terhadap suspek, pihaknya membuat serbuan susulan di sebuah kuil di Jalan Ipoh dekat sini dan sebuah stor ternakan anjing di Kampung Baru Subang, Shah Alam, serta menahan empat lelaki tempatan berusia 34 hingga 43 tahun.





Dengan penahanan ini, polis berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah sebagai tempat menjalankan aktiviti mereka.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek, dua didapati positif dadah jenis THC dan enam lagi negatif dadah.

Enam daripada suspek yang ditahan mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Mereka ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama enam hari bermula 21 hingga 26 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati sekiranya disabitkan dengan kesalahan.

 





Sumber:

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker