Polis Tahan Pegawai Kanan SPRM Kerana Memiliki Dadah Dan Senjata Api
Salah seorang daripada tiga pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan curi barang kes melibatkan seorang ketua jabatan bernilai RM25 juta (USD 6 juta) telah ditahan oleh pihak polis kerana memiliki dadah dan senjata api.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dua kertas siasatan telah dibuka iaitu Seksyen 8 (a) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
Kata beliau, bagi kesalahan dadah pula, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek ditahan reman empat hari bermula Selasa lalu sehingga esok bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sumber: