Premis loteri awam tanpa lesen diserbu

Premis loteri awam tanpa lesen diserbu
ALOR SETAR: Polis menahan dua individu dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah premis di Jalan Raya Kulim di sini, semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50-an ditahan dalam serbuan itu dan polis turut merampas wang tunai sebanyak RM81,156.
Beliau berkata, serbuan dilakukan jam 7.40 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kulim, berdasarkan maklumat yang diterima.
“Hasil siasatan mendapati premis terbabit digunakan sebagai pusat pengiraan (counting centre) perjudian loteri awam tanpa lesen.
Kamarul Zaman berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi meneliti modus operandi sindiket terbabit dalam menjalankan aktiviti penjualan loteri awam tanpa lesen.
Premis loteri awam tanpa lesen diserbu
Disyorkan Untuk Anda :
- 2 LELAKI YANG CUBA ‘MENCEROBOHI’ ISTANA NEGARA TEWAS
- MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS PENGARANG SARAWAK REPORT
- VIDEO LORI TENTERA JEPUN BERGERAK TANPA PEMANDU DI SEGAMAT, JOHOR
- BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/24/ebit-lew-tenang-bercuti-dengan-keluarga/