Saksikan Video Sumpah Mubahalah Edisi Firdaus Wong Dan Caprice

Dalam isu yang membabitkan pertuduhan gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh seorang pendakwah terkenal ke atas seorang mangsa, pada mulanya kami di Edisi Siasat tidak mahu membuat sebarang ulasan.

Ini adalah kerana kes itu masih lagi di dalam siasatan polis dan pihak PDRM juga sudah memberikan peringatan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia akan mengganggu siasatan polis.

Tapi melihatkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Firdaus Wong dan Caprice (pihak yang membuat tuduhan), membuatkan Edisi Siasat rasa terpanggil untuk mengulas isu tersebut, lebih-lebih lagi apabila tular di media sosial video yang berdurasi 46 saat yang dilakukan oleh individu yang mengaku sebagai abang mangsa membuat sumpah mubahalah.

Dalam video tersebut, sama ada individu tersebut tidak menyebutkan nama beliau atau telah diedit telah mengaku kebenaran tuduhan ke atas Ebit Lew ke atas adik beliau hingga menyebabkan tekanan emosi terhadap adik beliau.





Dengan melafazkan kalimah Wallahi, Watallahi dan Wabillahi, individu tersebut sanggup dilaknat Allah SWT sekiranya beliau berdusta.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian pihak Edisi Siasat.

  • Kelazimannya, sumpah mubahalah dilakukan apabila mangsa yang mengaku teraniaya sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan kebenaran yang diyakininya.

Tetapi individu yang mengaku sebagai abang kepada mangsa melakukan sumpah mubahalah ketika pihak polis sedang melakukan siasatan, malah pihak polis mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.

  • Kelazimannya (bukan kemestian), sumpah mubahalah dilakukan di tempat khalayak ramai seperti masjid atau memanggil orang ramai berhimpun, supaya kebenaran yang dipertahankan akan dapat disebarkan dan tekanan ke atas mangsa akan dihentikan sementara menunggu petunjuk dari Allah SWT.

Tetapi mengapa individu berkenaan melakukan sumpah mubahalah di kawasan yang jauh dari orang ramai, kalau mengikut pemerhatian kami, di dalam bilik?

  • Dalam lafaz sumpah mubahalah, nama hendaklah dilafazkan dengan jelas supaya masyarakat tahu, siapa yang sedang mempertahankan dirinya.

Dalam video yang ditularkan, nama adik individu berkenaan tidak dinyatakan dan nama individu berkenaan juga tidak dipaparkan secara telus, jadi, siapa yang sedang mempertahankan kebenaran yang diyakini?





Kalau alasannya tidak mahu mengganggu siasatan polis, mengapa video itu ditularkan, apa tujuan sebenar ianya ditularkan?

  • Dalam sumpah mubahalah, mesti dihadiri 4 orang saksi yang adil, supaya sekiranya petunjuk dari Allah SWT datang, maka 4 orang saksi itu akan menyatakan kesaksian mereka atas apa yang berlaku.

Tetapi, Edisi Siasat tidak nampak ada saksi yang hadir, walau pun seorang dalam video tersebut.

Bagi Edisi Siasat, walau apa pun keadaannya, tunggulah pihak polis menamatkan siasatan dan kalau perlu dibawa ke mahkamah, biarlah proses perundangan negara mengadilinya.

Jangan kita mendahului pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman bersalah.

Apa lagi mempermainkan kesucian nama dan zat Allah SWT semata-mata untuk memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi, seperti melakukan sumpah mubahalah mengikut acuan sendiri!!!





Untuk saksikan video, klik di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=104957391950208&id=100073078419878

Untuk penjelasan lanjut mengenai sumpah mubahalah baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/dalamislam.com/info-islami/sumpah-laknat-dalam-islam/amp





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker