Video Lori Terhoyong Hayang & Terbalik Kerana Pemandu Penagih Syabu

Satu klip video tular berkaitan sebuah lori yang hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE) adalah disebabkan memandu dalam pengaruh syabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu.

“Siasatan awal mendapati, lori yang dalam perjalanan ke Subang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas”.

Ramsay berkata, ujian saringan air kencing pemandu lori terbabit didapati positif methaphetamine.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 oleh Bahagian Narkotik Shah Alam.





“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah”.

 

Sumber:

Berita Harian





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker