Zalim!!! Pengasuh Di Tahan Polis Kerana Di Syaki Cuba Membunuh Bayi Berusia 7 Bulan

Harapkan pegar tapi pegar makan padi.

Hanya itu ungkapan yang layak diberikan kepada seorang pengasuh wanita berusia 22 tahun yang bertindak zalim ke atas bayi yang berumur 7 bulan yang diamanahkan untuk beliau menjaganya.

Pengasuh berkenaan dikatakan menghempas kepala bayi tersebut sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas bayi tersebut menangis tidak berhenti- henti.

Pengasuh berkenaan berhenti melakukan perbuatan itu (menghempaskan kepala bayi tersebut ke lantai), selepas menyedari bayi tersebut mula tidak sedarkan diri.





Kejadian berlaku di Tanan Desa Pelancongan, Ipoh, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan berkenaan cubaan bunuh terhadap bayi berusia tujuh bulan jam 3.03 pagi.

Laporan menyatakan pada jam 7.10 pagi Rabu lalu mangsa dihantar oleh bapa kandung ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan baik.

“Bapa mangsa dihubungi oleh pengasuh berkenaan pada jam 2.35 petang hari berkenaan untuk datang semula ke rumah pengasuh berkenaan bagi mengambil mangsa kerana mangsa dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, setibanya bapa mangsa ke rumah pengasuh terbabit, didapati kepala mangsa bengkak.





“Bapa mangsa kemudiannya bertanyakan kembali punca kecederaan mangsa dan dimaklumkan semula oleh pengasuh bahawa mangsa jatuh ketika didukung”.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendarahan di kepala dan tempurung kepala mangsa retak”.

“Mangsa berada di dalam keadaan tidak sedar dan kritikal,” tanbah beliau.

Beliau berkata, polis menahan suspek wanita warga tempatan yang juga pengasuh bayi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker