Abbas beri Israel setahun keluar dari wilayah Palestin

Abbas beri Israel setahun keluar dari wilayah Palestin
NEW YORK: Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberi tempoh selama setahun kepada Israel untuk keluar daripada wilayah yang diduduki atau tidak akan mengiktiraf negara Yahudi berdasarkan sempadan sebelum 1967.
Dalam ucapan secara maya kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abbas meminta Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa.
Tetapi seiring dengan permintaan itu, beliau juga mengeluarkan tuntutan akhir.
“Kita harus menyatakan bahawa Israel, memiliki satu tahun untuk keluar daripada wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur,” katanya.
Abbas juga berkata, bahawa rakyat Palestin sedia bekerja sepanjang tahun untuk menyelesaikan status akhir negara Israel dan Palestin selaras dengan resolusi PBB.
Proses perdamaian untuk mencapai penyelesaian dua negara antara di Timur Tengah menemui jalan buntu selama bertahun-tahun Israel menolak tuntutan pemimpin Palestin.
Bagaimanapun, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, berkata kenyataan Abbas itu sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak lagi relevan.
“Mereka yang benar-benar menyokong perdamaian dan rundingan tidak mengancam ultimatum khayalan daripada platform PBB seperti yang dilakukan dalam ucapannya,” katanya. – AFP
Abbas beri Israel setahun keluar dari wilayah Palestin
Disyorkan Untuk Anda :
- 2 LELAKI YANG CUBA ‘MENCEROBOHI’ ISTANA NEGARA TEWAS
- MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS PENGARANG SARAWAK REPORT
- VIDEO LORI TENTERA JEPUN BERGERAK TANPA PEMANDU DI SEGAMAT, JOHOR
- BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/25/gengster-antara-3-terbunuh-insiden-tembakan-di-mahkamah/