Bekas Pesakit Covid-19 Hilang Ingatan Selepas Sembuh

Covid19 boleh menyebabkan hilang ingatan?

Mungkin ianya akan kedengaran pelik atau mengarut bagi sesetengah pihak.

Tapi sebelum kita meremehkan isu ini, sila bacab2 fakta berikut:

Fakta 1





Seorang pesakit COVID-19 tahap lima berjaya diselamatkan, tetapi mengalami hilang ingatan dan gagal mengenali ibu sendiri.

Ketua Pasukan Sukarelawan DAP Balakong, Lee Khai Ming berkata, enam minggu lalu, mangsa berumur 40 tahun itu telah mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital.

Anak lelakinya yang dimasukkan ke hospital kemudian disahkan berada dalam tahap kelima COVID-19, lalu diberi rawatan dalam unit rawatan rapi,” katanya dalam satu perkongsian dalam Facebook yang dipetik China Press.

Kata Khai Ming, lelaki itu mula sembuh secara perlahan-perlahan sejak minggu lalu, tetapi menunjukkan tanda-tanda hilang ingatan.

Apabila petugas hospital menghubungkan lelaki itu dengan ibunya melalui komunikasi bervisual, lelaki itu seakan-akan tidak mengenali mak sendiri.





Apa yang dituliskan di atas merupakan kejadian sebenar yang berlaku dalam negara seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette.

Fakta 2

Dan berikut pula pandangan dari saintis seperti yang pernah dilaporkan oleh Berita Harian.

COVID-19 berpotensi tinggi menyebabkan komplikasi otak termasuk kecelaruan, kerosakan saraf dan strok yang boleh membawa maut.

Kemungkinan yang sebelum ini dianggap tidak serius itu ditemui sekumpulan doktor di Kolej Universiti London, Britain.





Jangkitan COVID-19 yang serius menyebabkan pesakit berisiko mengalami komplikasi neurologi, namun kajian terkini mendapati masalah lebih serius boleh berlaku ke atas individu dengan gejala ringan.

Dapatan itu hasil pemeriksaan terhadap 43 pesakit yang disahkan positif atau disyaki positif COVID-19, selepas menunjukkan gejala neurologi.

Mereka menemui 10 kes otak tidak berfungsi, 12 kes keradangan otak, lapan kes strok dan lapan lagi kes kerosakan saraf.

Kesimpulannya, cara yang terbaik untuk mengelakkan diri dari kesan sampingan Covid-19 ialah dengan menjaga SOP yang telah ditetapkan dan menjaga kebersihan diri, kerana sekiranya kita tidak dijangkiti Covid-19, maka kita tidak mungkin akan terkesan dengan kesan sampingan Covid-19.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker