Benteng kukuh bantu NSFC berdepan Piala Malaysia

Benteng kukuh bantu NSFC berdepan Piala Malaysia
Pasukan Negeri Sembilan meraikan kejayaan memenangi kejuaraan Liga Perdana musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Selasa lalu. – Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin.

Benteng kukuh bantu NSFC berdepan Piala Malaysia

SEREMBAN: Kekuatan pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang menampilkan barisan pemain berpengalaman bakal membantu mereka berdepan pasukan Liga Super pada saingan Piala Malaysia, bermula Ahad ini.

NSFC mempertaruhkan gandingan Annas Rahmat, Arthur Cunha Rocha dan Nasrullah Haniff Johan di bahagian benteng tengah manakala R Aroon Kumar dan Mohamad Zamri Ramli, masing-masing di sebelah kanan dan kiri.

Kekuatan yang dibentuk lima pemain ini selain Damien Lim selaku penjaga gawang, harus mampu menyekat pergerakan dan serangan pemain pasukan lawan apabila saingan Kumpulan C, bermula Isnin ini.

Annas ketika ditemui mengakui persefahaman antara rakan sepasukan amat baik selain sentiasa berusaha mengekalkan disiplin yang tinggi dalam setiap perlawanan kerana sedar mereka adalah nadi kepada kekuatan skuad Hobin Jang Hobin.





“Kami sentiasa berusaha membentuk keserasian dan persefahaman yang baik bagi membina kekuatan kerana bahagian pertahanan antara entiti penting dalam sesebuah pasukan.

“Setiap arahan diberikan jurulatih perlu dilaksanakan dengan baik dan paling penting pastikan bahagian pertahanan berfungsi sepenuhnya bagi menyekat serangan pemain lawan,” katanya hari ini.

“Kumpulan C tetap mencabar dan semua tahu, Kedah bukan calang pasukan kerana mereka tampil selaku naib juara Liga Super manakala Melaka United juga ada kekuatan yang tersendiri dan beraksi baik dalam liga.

“Namun begitu, kita (NSFC) ada pengalaman bertemu Kedah dalam kempen Piala Malaysia sebelum ini dan saya yakin pasukan boleh berikan saingan terbaik serta berupaya mencapai keputusan positif,” katanya.

Benteng kukuh bantu NSFC berdepan Piala Malaysia

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/25/jangan-ambil-mudah-cabaran-england-mesir/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker