Hadiah juara Liga M masih lumayan

Hadiah juara Liga M masih lumayan
JDT giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula Ahad ini. JDT adalah juara Liga Super lapan musim berturut-turut. – Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers.

Hadiah juara Liga M masih lumayan

KUALA LUMPUR: Hadiah kemenangan yang diterima pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjadi bahan pertikaian selepas ada yang menganggap ia satu jumlah yang kecil.

Musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima RM1 juta selaku juara Liga Super dan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan pula meraih RM300,000. Jika dibandingkan dengan nilai hadiah wang tunai dalam kalangan liga utama di Asia Tenggara, jumlah itu bukanlah antara ‘habuan’ terkecil.

Ia kerana hadiah kemenangan di liga di negara lain dalam rantau ini juga boleh dianggap hampir sama, malah ada yang menerima jumlah lebih kecil selepas merangkul kejuaraan.

Difahamkan juara Liga 1 Thailand menerima 10 juta Baht atau kira-kira RM1.2 juta, manakala pemenang Liga 1 Vietnam tahun lalu menerima 3 bilion Dong (RM552,559).





Liga Kemboja pula menawarkan hadiah kemenangan lebih kecil dengan juara hanya akan menerima 150 juta Riels atau kira-kira RM154,000.

Justeru, nilai hadiah kemenangan Liga M mungkin boleh dianggap kecil, namun ia juga boleh dikatakan antara tertinggi dalam kalangan liga di Asia Tenggara.

Hadiah juara Liga M masih lumayan

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/kim-swee-idam-lengkap-kerjaya-gemilang-bersama-sabah/





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker