Isu Barang Kes RM26.1 Juta Lesap: Di Mana Akauntibiliti Gobind Bila Dedah Di Parlimen Tetapi Tidak Membuat Laporan Polis?

 

Isu kehilangan barang kes SPRM yang merupakan duit tunai bernilai RM25.1 juta kini menjadi semakin panas.

Selepas Ahli Parlimen Puchong, Gobing Singh Deo, membangkitkan isu tersebut di Parlimen, berbagai-bagai portal mengambil ‘lead’ dari apa yang beliau bangkitkan.

Namun, dari pemerhatian Edisi Siasat, hampir keseluruhan portal dan media perdana hanya fokus kepada isu SPRM Siasat SPRM.

Ada sesuatu yang kita semua terlepas pandang sebenarnya.





*** EDISI SIASAT BLOGSPOT ADALAH BERBEZA DENGAN PORTAL KAMI***

Kalau kita imbas kembali kronologi isu ini, pada 20 September 2021, sehari sebelum Gobind membangkitkan isu ini, Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Bukit Aman, TS Dato’ Hj Abdul Jalil Hj Hassan, telah membuat kenyataan bahawa pihak polisĀ tidak ada menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berhubung isu tersebut.

Seperti yang kita semua maklum, tanpa laporan polis, pihak PDRM tidak boleh membuat apa-apa siasatan kerana kertas siasatan yang dibuka mestilah berpandukan kepada laporan polis yang telah dibuat.

Sehari selepas Abdul Jalil memberikan kenyataan iaitu pada 21 September 2021, Ahli Parlimen Jelutong, Gobind mengambil kesempatan dengan memainkan watak hero dengan membangkitkan isu tersebut di Parlimen.





Dalam artikata lain, di saat Gobind bangkit isu itu di Parlimen, Gobind tahu belum ada laporan polis dibuat.

Dan dalam ucapan Gobind, secara jelas beliau menekankan kes ini adalah kes jenayah iaitu mencuri barang kes terhadap kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah.

Pihak Edisi Siasat bersetuju bila Gobind bangkitkan isu ini di mahkamah, tetapi, sekiranya benar Gobind jujur mahukan integriti pihak berkuasa dipandang serius oleh semua pihak, mengapa Gobind sendiri tidak membuat laporan polis sama ada sebelum atau selepas beliau bangkitkan isu ini di Parlimen?

Sehingga artikel ini ditulis, tidak ada maklumat yang mengesahkan Gobind ada membuat laporan polis.





Yang dapat disahkan telah membuat laporan polis hanyalah dariĀ Wira Putra pada 21 September 2021.

Gobind seorang peguam dan beliau amat faham, tanpa laporan polis, pihak polis tidak boleh memulakan siasatan dan ini akan membuatkan hanya siasatan dalaman sahaja yang dapat dilakukan oleh pihak SPRM atau SPRM siasat SPRM, seperti yang beliau sendiri bangkitkan.

Di manakah akauntibiliti Gobind?

Atau beliau cuma seorang politikus yang hanya mahu mendapatkan ‘political mileage’ dengan membangkitkan isu tersebut tetapi di dalam masa yang sama tidak kisah sama ada isu itu akan dirungkaikan dengan cara yang betul atau pun salah?

Edisi Siasat bersetuju dengan ketegasan Gobind dalam membangkitkan isu tersebut tetapi kami kesal dengan kejujuran beliau dalam membangkitkan isu itu, ibarat ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi. – Edisi Siasat





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker