Kemboja batalkan penganjuran ‘Festival Kematian’

Kemboja batalkan penganjuran 'Festival Kematian'
Penganut Buddha di seluruh Kemboja mengunjungi kuil ketika festival Pchum Ben yang berlangsung selama dua minggu untuk berdoa dan memberikan makanan kepada roh nenek moyang mereka. – Foto AFP

Kemboja batalkan penganjuran ‘Festival Kematian’

PHNOM PENH: Kemboja membatalkan acara tahunan ‘Festival Kematian’ yang mana penganut Buddha memberi penghormatan kepada saudara-mara yang meninggal dunia susulan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan sami di ibu negara itu.

Penganut Buddha di seluruh Kemboja mengunjungi kuil ketika festival Pchum Ben yang berlangsung selama dua minggu untuk berdoa dan memberikan makanan kepada roh nenek moyang mereka.

Perayaan bagi tahun ini bermula pada Selasa lalu, namun ia akan berakhir pada hujung minggu ini selepas hampir 50 sami Buddha disahkan positif COVID-19 dan pihak berkuasa bertindak menutup kuil di Phnom Penh.

“Pembatalan festival itu ‘wajar dibuat bagi mengawal penularan COVID-19… dalam keadaan Kemboja merancang pembukaan semula sekolah dan membuka semula negara,” kata Perdana Menteri, Hun Sen, dalam kenyataan malam semalam.





Kemboja berusaha untuk mengelakkan penularan secara meluas virus berkenaan sejak tahun lalu namun, peningkatan terus dicatatkan dengan lebih daripada 105,000 kes dengan hampir 2,000 kematian direkodkan.

Bagaimanapun, kadar vaksinasi di negara itu mencatatkan peningkatan dengan Kementerian Kesihatannya memberitahu 98 peratus populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam pada itu, sekolah di sebahagian kawasan berisiko rendah sudah dibuka semula minggu lalu dan Hun Sen berkata, skim perintis bagi membolehkan pengembara antarabangsa yang sudah divaksinasi sepenuhnya untuk mengunjungi negara itu masih dalam pertimbangan. – AFP

Kemboja batalkan penganjuran ‘Festival Kematian’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/abbas-beri-israel-setahun-keluar-dari-wilayah-palestin/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker