Kim Swee idam lengkap kerjaya gemilang bersama Sabah

Kim Swee idam lengkap kerjaya gemilang bersama Sabah
Gambar fail – Datuk Ong Kim Swee menjadi ketua jurulatih Sabah FC mulai 1 Oktober ini.

Kim Swee idam lengkap kerjaya gemilang bersama Sabah

KUALA LUMPUR: Selepas meninggalkan seketika keghairahan di kawasan teknikal padang, pendorong utama Datuk Ong Kim Swee kembali ke kancah kejurulatihan sebagai pengendali baharu Sabah FC lebih kepada kepuasan diri.

Jurulatih berusia 50 tahun itu, yang sudah melakar beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa, berkata keputusan itu bagi memastikan karier kejurulatihannya lengkap dengan segala kriteria diperlukan.

Jelasnya, ia bukan soal membuktikan kembali kemampuannya selepas ditunjukkan jalan keluar dari membimbing skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara susulan prestasi buruk pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

“Kalau kita nak bandingkan dengan 2019 itu adalah pasukan kebangsaan iaitu skuad B-22 negara, tetapi kini saya bersama pasukan kelab di mana kejohanan yang berbeza dan bukan peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.





Kim Swee yang masih menyandang jawatan Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak 1 Jan tahun ini, akan melepaskan posisi itu untuk menyertai skuad Sabah FC berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Jelasnya, secara am tugas pengarah teknikal tidak banyak beza dengan ketua jurulatih yang perlu merancang dan menyediakan pelan terbaik buat pasukan.

“Jadi segala perancangan yang saya lakukan sebagai pengarah teknikal mungkin dapat membantu saya, lebih-lebih lagi yang kini perlu merancang dan menumpukan perhatian kepada aspek pasukan sahaja,” kata bekas pemain kebangsaan itu yang pernah menyarung jersi Melaka dan Sabah.

Pada 10 September lalu, Sabah FC mengumumkan Kim Swee sebagai pengendali baharu menggantikan jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto yang direhatkan susulan kemerosotan prestasi pasukan itu dalam saingan Liga Super.

Berasal dari Melaka, Kim Swee memulakan karier kejurulatihan bersama negeri kelahirannya sebelum berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula 2007 dengan pelbagai jawatan disandang, antaranya ketua jurulatih skuad B-16, skuad B-17, Harimau Muda, skuad B-22 dan skuad kebangsaan.





Antara koleksi kejuaraan diraih sepanjang membimbing pasukan negara adalah juara Piala Belia 2007, juara Liga Perdana 2009, pingat emas Sukan SEA 2011 dan juara Pestabola Merdeka 2013.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata beliau tidak membelakangkan FAM apabila menerima tawaran untuk mengemudi Sabah FC, malah meletakkan syarat beliau hanya pergi dengan kelulusan serta kebenaran Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Saya tahu bola sepak membawa kita ke serata dunia, mengenali ramai orang dalam sukan tersebut di peringkat Asia atau pun dunia, tetapi FAM telah menjadikan saya seperti mana saya hari ini. Jadi saya tidak boleh membelakangkan FAM,” katanya yang menepis dakwaan sesetengah pihak keputusannya itu berpuca daripada konflik dalaman.

– BERNAMA

Kim Swee idam lengkap kerjaya gemilang bersama Sabah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/25/psg-terpaksa-ketepikan-messi-lagi/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker