Lelaki maut dipukul kenalan

Seorang lelaki mati selepas disyaki dipukul kenalannya dalam kejadian di Changkat Minden Heights, Gelugor. – NSTP/Mikail Ong

Lelaki maut dipukul kenalan

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang pada mulanya disangka maut akibat kemalangan, rupa-rupanya meninggal dunia akibat dipukul kenalannya.

Mayat mangsa berusia 54 tahun itu ditemui terbaring berhampiran motosikalnya dengan kesan kecederaan dalam kejadian di Changkat Minden, Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.30 petang daripada orang awam yang menyangka berlaku kemalangan jalan raya.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu dan polis mengesyaki wujud unsur jenay





“Temubual bersama saksi di tempat kejadian mendakwa kira-kira jam 1.30 petang, berlaku pergaduhan antara mangsa yang juga bekerja sebagai buruh dengan suspek.

“Kedua-duanya, warga tempatan saling mengenali dan dilihat sering minum bersama di kawasan itu dan perselisihan faham berkenaan mungkin menyebabkan suspek bertindak memukul mangsa.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa meninggal dunia disyaki akibat dipukul dan terdapat juga luka di telinga kanan dan lebam pada dahi,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, saksi awam mendakwa pada mulanya mangsa ditemukan terbaring berhampiran motosikal sebelum dialihkan bagi memberi bantuan pernafasan.

Katanya, pemeriksaan di sekitar kawasan itu juga tidak menemukan sebarang senjata tajam.





“Suspek berusia 42 tahun itu sudah dikenal pasti dan sedang dikesan bagi membantu siasatan. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Lelaki maut dipukul kenalan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/isu-barang-kes-rm26-1-juta-lesap-di-mana-akauntibiliti-gobind-bila-dedah-di-parlimen-tetapi-tidak-membuat-laporan-polis/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker