Marah Dengan Netizen, Buah Hati Dato’ Vida Campak Duit Depan Wartawan (Video)

 

Isu perkahwinan jutawan kosmetik, Dato’ Vida dan buah hati beliau, Ahmal Iqbal, masih tidak ada keputusan.

Walau pun pada mulanya, perancangan mereka nampak berjalan seperti yang dirancangkan, namun tentangan dari anak Dato’ Vida, Cik B, telah membantutkan niat mereka.

Keadaan menjadi semakin panas apabila netizen mula memberikan kritikan pedas kepada kedua-dua mereka sebaik sahaja berita itu disebarkan.

Iqbal mengakui bengang apabila sering dituduh kaki kikis serta mahu menumpang kekayaan Dato’ Vida.





“Ala kalau setakat rumah Vida tu saya pun boleh beli”.

“Saya boleh bagi untuk dia dan kena tahu juga saya bekerja dengan Vida saya memecah rekod dengan jualan mencapai RM400,000 sehari”.

“Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu”.

“Saya yang beri duit kepada Dato’ Vida, saya buat duit untuk dia… untuk syarikat dia!!!”

“Takkan nak tunjuk… oh ini duit aku, nak tabur macam tu?”, kata Iqbal sambil mencampakkan duit di hadapan wartawan.





Related Articles

One Comment

  1. Ahmal Iqbal,|

    teruskanlah hasrat murni tu jangan dengar penghasud..pengdengki

    Anak2 Vida sila cari jodoh sendiri janganlah ko bebani ibu ko tu….belum tentu korang boleh jaga dia semsa tua
    kelak…

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker