Pekerja Indon Di Gua Musang Maut Di Kisar Jentera Palong Bijih Besi

Seorang pekerja lelaki warga Indonesia maut dikisar jentera palong bijih besi di sebuah lombong di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi, Sakdan Muhammad, 36, dari Aceh Timur dikatakan baru selesai membuat pemeriksaan rutin sebelum terjatuh ke dalam jentera yang ketika itu dihidupkan pekerja lain.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata terdahulu mangsa dikata melakukan pemeriksaan seperti biasa pada mesin berkenaan kira-kira jam 8.40 pagi, bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik sebelum operasi melombong dimulakan.

Setelah berpuas hati dengan keadaan mesin, dia memberi arahan kepada rakannya supaya membuka suis bagi memulakan operasi.





Sebaik jentera dihidupkan, rakan mangsa turun ke bahagian bawah jentera.

Mangsa dilihat berdiri atas jentera yang bergetar dengan kuat sebelum terjatuh ke dalam jentera.

Rakannya tidak sempat mematikan enjin jentera tersebut.

Hasil siasatan polis di tempat kejadian serta keterangan saksi mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dirujuk kepada Kedutaan Indonesia bagi urusan selanjutnya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker