Pengasuh disyaki cuba bunuh bayi 7 bulan

Pengasuh disyaki cuba bunuh bayi 7 bulan

Pengasuh disyaki cuba bunuh bayi 7 bulan

IPOH: Polis menahan seorang pengasuh wanita berusia 22 tahun selepas disyaki cuba membunuh bayi lelaki berusia 7 bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima satu laporan berkenaan cubaan bunuh terhadap bayi berusia tujuh bulan jam 3.03 pagi tadi.

“Laporan menyatakan pada jam 7.10 pagi Rabu lalu mangsa dihantar oleh bapa kandung ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan baik.





“Bapa mangsa dihubungi oleh pengasuh berkenaan pada jam 2.35 petang hari berkenaan untuk datang semula ke rumah pengasuh berkenaan bagi mengambil mangsa kerana mangsa dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Mior Faridalathrash berkata, setibanya bapa mangsa ke rumah pengasuh terbabit, didapati kepala mangsa bengkak.

“Bapa mangsa kemudiannya bertanyakan kembali punca kecederaan mangsa dan dimaklumkan semula oleh pengasuh bahawa mangsa jatuh ketika didukung.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan didapati mengalami pendarahan di kepala dan tempurung kepala mangsa retak. Mangsa berada di dalam keadaan tidak sedar dan kritikal,” katanya.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid. – foto BERNAMA

Beliau berkata, polis menahan suspek wanita warga tempatan yang juga pengasuh bayi berkenaan.





“Berdasarkan maklumat awal suspek dikatakan menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas mangsa menangis tidak berhenti sebelum itu.

“Suspek berhenti melakukan perbuatan berkenaan selepas menyedari mangsa mula tidak sedarkan diri,” katanya.

Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kes berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pengasuh disyaki cuba bunuh bayi 7 bulan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/lelaki-maut-dipukul-kenalan/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker