PSG terpaksa ketepikan Messi lagi

PSG terpaksa ketepikan Messi lagi
PSG sahkan Lionel Messi tidak akan beraksi menentang Montpellier dalam saingan Ligue 1 pada Sabtu ini kerana belum sembuh dari masalah kecederaan lutut. – Foto AFP

PSG terpaksa ketepikan Messi lagi

PARIS: Bintang Argentina, Lionel Messi sekali lagi akan diketepikan dari skuad Paris Saint-Germain (PSG) dan kali ini bagi aksi menentang Montpellier dalam saingan Ligue 1 pada Sabtu ini kerana masih bergelut dengan kecederaan lutut, umum kelab itu.

PSG berkata Messi sudah mula berlari dan perkembangan terbaru itu meningkatkan harapan dia akan kembali dalam skuad bagi pertembungan Liga Juara-Juara menentang pasukan kendalian Pep Guardiola, Manchester City, Rabu ini.

Messi dikeluarkan pada minit ke-76 ketika pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Lyon dalam aksi Ligue 1, hujung minggu lalu.

Messi hanya membuat tiga penampilan untuk kelab barunya itu sejak tiba dari Barcelona pada awal Ogos lalu dan hanya sekali melengkapkan aksi 90 minit ketika menentang Club Brugge di Liga Juara-Juara.





PSG mensasarkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam lapan perlawanan di Ligue 1 musim ini.

Marco Verratti dan Sergio Ramos yang ditandatangani sebelum ini dari Real Madrid juga masih belum berada dalam skuad.

– AFP

PSG terpaksa ketepikan Messi lagi

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/benteng-kukuh-bantu-nsfc-berdepan-piala-malaysia/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker