PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN

 

PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN
PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN

“Saya cuma nak cakap, tiada istilah kayangan. Tiada siapa yang melebihi undang undang. Kita hormati dan akur yang mahkamah tetapkan. Saya dan isteri juga melalui proses mahkamah sama seperti mana rakyat Malaysia lain.

“Insya-Allah, doakan kami,” jelas pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang menyifatkan tidak ada istilah kayangan membabitkan pertuduhan terhadap dia dan isterinya, Noor Neelofa.

Riz, 26, berkata sedemikian bagi mengulas kehadirannya bersama Neelofa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi, semalam, atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai, Mei lalu.
Klik untuk gambar besar





Peguam Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah yang mewakili pasangan itu berkata, pengurusan sebutan semula kes ditetapkan di Mahkamah Majistret pada 21 Oktober depan. Penetapan itu dibuat oleh mahkamah selepas kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan menyerahkan dokumen yang berkaitan masing-masing.

Pengurusan kes dikendalikan Majistret Mahyun Yusof manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwaraya Nor Azizah Aling. Terdahulu, pasangan itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 8.40 pagi.

PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN

PU RIZ KATA TIADA ISTILAH KAYANGAN

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/24/zalim-pengasuh-di-tahan-polis-kerana-di-syaki-cuba-membunuh-bayi-berusia-7-bulan/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker