5 tentera Indonesia, seorang jururawat dibunuh penjenayah

 

5 tentera Indonesia, seorang jururawat dibunuh penjenayah
Gambar fail menunjukkan upacara pengebumian di Sorong, Indonesia, di mana anggota tentera mengusung keranda empat rakan seperjuangan yang maut akibat serangan penjenayah di Papua. – Foto AFP

5 tentera Indonesia, seorang jururawat dibunuh penjenayah

JAKARTA: Tentera Indonesia menggiatkan usaha memburu penjenayah bersenjata selepas lima anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan seorang jururawat wanita terbunuh bulan ini.

Mangsa terbabit maut dalam tiga serangan berasingan oleh militan bersenjata di wilayah timur negara itu, Papua dan Papua Barat.

TNI, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, mempertingkatkan usaha memerangi kumpulan penjenayah bersenjata di wilayah itu.





Pada 21 September lalu, satu kejadian berbalas tembakan berlaku antara anggota TNI dan militan bersenjata Ngalum Kupel (KKB) di kawasan Kiwirok, yang mengorbankan seorang anggota tentera.

Berikutan ketegangan yang semakin meningkat, pasukan keselamatan memutuskan untuk memindahkan semua penduduk di Kiwirok menggunakan pesawat semalam.

Pada 13 September lalu, penjenayah bersenjata membakar sebuah klinik kesihatan di Kiwirok di wilayah Papua, menyebabkan seorang jururawat terbunuh dan lima pekerja kesihatan cedera, manakala seorang pekerja ditahan sebagai tebusan.

Pada akhir April lalu, kerajaan Indonesia mengisytiharkan kumpulan penjenayah bersenjata di wilayah Papua dan Papua Barat sebagai pengganas kerana menghasut kepada keganasan dan menjadi pemisah yang menggugat kedaulatan negara.

Keputusan itu dibuat selepas seorang pegawai polis terbunuh dalam satu kes tembakan dengan militan bersenjata di Papua. – AGENSI





5 tentera Indonesia, seorang jururawat dibunuh penjenayah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/ebit-lew-di-fitnah-menggunakan-aplikasi-deep-fake/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker