9 Dari 10 Remaja Perempuan Yang Bermasalah, Ketagihan Seks!!!

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja sudah menjadi masalah yang cukup serius di Malaysia.

Sekiranya tindakan segera tidak diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini, akhirnya satu hari nanti, negara kita akan dipenuhi oleh generasi yang sudah runtuh akhlaknya.

Pendedahan dari Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, pastinya sangat membimbangkan ibubapa yang mempunyai anak remaja perempuan.

Beliau mendedahkan, hasil kajian yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sembilan daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.





Pihaknya mendapati golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.

Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun.

Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.

Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.

Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.





Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan.

Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.

Wang bukanlah perkara utama namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan

“Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya”.

“Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini”.





“Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,” katanya.

Kegiatan ini harus dibendung supaya tidak menular dalam komuniti masyarakat.

Setiap pasangan ibubapa mestilah kembali kepada landasan ugama di dalam mendidik anak-anak sebagaimana yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW kerana puncak kepada keimanan adalah kesempurnaan akhlak dan atas sebab itulah Allah SWT mengutuskan baginda Rasulullah SAW kepada kita semua.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker