Anak Gadis Di Perkosa Dukun Kerana Ibu Hendak Jadi Kaya

Gara- gara si ibu hendak menjadi kaya, anak gadis sendiri dijadikan pemuas nafsu dukun palsu (AU).

Kejadian berlaku di Muna, Sulawesi Tenggara apabila seorang ibu (ZY) berusia 45 tahun tergamak menyerahkan anaknya kepada dukun kerana mempercayai syarat kononnya untuk menjadi kaya.

Kedua-dua mereka berjanji untuk bertemu di salah sebuah penginapan di Raha.

Wanita itu kemudian diperkosa terlebih dahulu oleh dukun itu sebagai syarat daripada ritual menjadi kaya.





Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muna, Hamka, lelaki itu memberikan kain putih kepada ZY selepas melakukan persetubuhan.

ZY diminta menyiram air di atas kain putih itu pada setiap malam.

Dukun itu kemudiannya meminta perempuan lain untuk diperkosa.

Demi memenuhi keinginan lelaki itu, ZY berusaha mencari temannya yang boleh diajak menjalani ritual tersebut.

Namun, kerana gagal menjumpai temannya yang sanggup melakukan ritual itu, dia nekad membawa anak perempuannya.





Akhirnya, budak yang masih berada di bawah umur itu menjadi mangsa pemerkosaan akibat ritual mengarut itu.

Ritual tesebut terbongkar selepas ayah mangsa pulang dari perantauan.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ayahnya dan melaporkan kepada pihak polis.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker