Bom kereta bunuh 8 orang berhampiran istana presiden

Bom kereta bunuh 8 orang berhampiran istana presiden
MOGADISHU: Sebuah bom kereta meletup di pusat pemeriksaan berhampiran istana presiden Somalia hari ini, membunuh lapan orang, kata polis, ketika kumpulan jihad Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
“Kami mengesahkan bahawa lapan orang kebanyakannya orang awam mati dan tujuh yang lain cedera dalam letupan bom kereta itu,” kata ketua polis daerah Mucawiye, Ahmed Mudey kepada wartawan.
Pengeboman itu berlaku dalam jarak satu kilometer (km) dari istana presiden, Villa Somalia.
Seorang saksi menyatakan, bom kereta itu diletupkan ketika polis menghentikan pemandunya untuk pemeriksaan keselamatan.
“Mereka biasanya menghentikan kenderaan untuk memeriksa sebelum boleh melewati pusat pemeriksaan. Kereta ini dihentikan oleh pengawal keselamatan dan ia meletup ketika terdapat beberapa kereta dan orang lain yang melalui jalan berdekatan. Saya melihat orang yang cedera dan mati dibawa,” kata saksi Mohamed Hassan.
Kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab dalam satu kenyataan ringkas.
“Kumpulan jihad menguasai ibu negara itu sehingga 2011 ketika pasukan itu dikerah keluar oleh pasukan Kesatuan Afrika (AU), tetapi ia masih menguasai wilayah di kawasan luar bandar dan sering melakukan serangan terhadap sasaran kerajaan dan orang awam di Mogadishu dan tempat lain. – AFP
Bom kereta bunuh 8 orang berhampiran istana presiden
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/26/anak-gadis-di-perkosa-dukun-kerana-ibu-hendak-jadi-kaya/