HATTAN BUAT LAPORAN POLIS, TELEFON KENA HACK

 

HATTAN BUAT LAPORAN POLIS, TELEFON KENA HACK

HATTAN BUAT LAPORAN POLIS, TELEFON KENA HACK

“Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meminjam wang daripadanya… saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.

“Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini,” luah penyanyi Datuk Hattan yang berasa bengang dan sakit hati apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.





Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.

Penyanyi lagu ‘Gadis Jolobu’ ini turut berkongsi hal berkenaan menerusi Instagram dengan mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.

HATTAN BUAT LAPORAN POLIS, TELEFON KENA HACK

Hattan berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah diceroboh pihak berkenaan. Dalam pada itu, Hattan juga menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.

“Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya. Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini.





“Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus… jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan. Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita,” ujarnya.

HATTAN BUAT LAPORAN POLIS, TELEFON KENA HACK


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/25/bekas-pesakit-covid-19-hilang-ingatan-selepas-sembuh/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker