“IBU, MAKCIK SAYA DISAHKAN POSITIF…” – SHUK

"IBU, MAKCIK SAYA DISAHKAN POSITIF..." - SHUK

“IBU, MAKCIK SAYA DISAHKAN POSITIF…” – SHUK

“Ibu saya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di pusat kuarantin Jawi, penang sejak Ahad lalu. Alhamdulillah, bapa saya tidak dijangkiti namun dia perlu juga kuarantin di rumah sebab jadi kontak rapat. Ibu perlu menjalani kuarantin di sana selama 10 hari.

“Selain ibu, makcik saya juga disahkan positif dan sama-sama kuarantin di pusat tersebut. Nasib baik juga ada makcik saya, dapatlah teman ibu. Ibu saya sudah berusia… jadi, dia agak takut kalau seorang diri. Bila ada makcik ini, ada la peneman dia,” demikian kata pelawak Shuk Sahar.

Belum lagi reda dengan kontroversi bekas kekasih, Shuk kini diuji lagi apabila ibunya iaitu Faridah Che Wan disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu. Selain ibu, Shuk berkata, ibu saudaranya turut dijangkiti wabak tersebut dan mereka kini menjalani kuarantin Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) di Jawi, Pulau Pinang.





"IBU, MAKCIK SAYA DISAHKAN POSITIF..." - SHUK

Bagaimanapun Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar bersyukur bapanya bebas daripada jangkitan itu. Sebelum ini, isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi berita sedih mengenai ibu mentuanya itu di laman Instastory.

Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memberitahu dia yang kebetulan berada di Pulau Pinang atas urusan kerja sempat melawat bapanya di rumah. Bersyukur ibunya tidak mengalami gejala yang teruk, Shuk berkata jangkitan tersebut mungkin berpunca daripada ibu saudaranya.

“Tiga hari lalu, saya ada di Pulau Pinang kebetulan memang ada kerja di sana. Sempat juga saya singgah bertemu dengan ayah. Tapi hanya melawat dia dari jauh. Alhamdulillah, ibu saya pun tidak mengalami gejala yang teruk. Hanya sekadar pening kepala sahaja. Kemungkinan ibu berjangkit daripada makcik.

“Sebab makcik memang tinggal bersama ibu bapa saya dan dia selalu keluar beli barang. Sebelum disahkan positif, ibu tak berapa sihat. Bila tak sihat, dia pergi hospital dan terus disahkan positif,” ujarnya.





“IBU, MAKCIK SAYA DISAHKAN POSITIF…” – SHUK

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/lana-bersyukur-suami-solat-jumaat-tanpa-penjarakkan-saf/

 

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker