Isu AUKUS: Malaysia Nafi Terima Arahan Dari China

Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussien, menafikan Malaysia meneeima arahan dari China berhubung isu cadangan kerjasama 3 hala antara Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Beliau memaklumkan, kementeriannya hanya mahu mendapatkan pandangan China dalam isu pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) dan sekadar mendapatkan maklum balas dari negara kuasa besar itu.

Beliau menambah, kenyataan Pakatan Harapan (PH) tidak berasas kerana apa yang beliau maklumkan kepada Dewan Rakyat adalah bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas China, jauh sekali untuk dapatkan arahan daripada republik itu.

“Ingin saya jelaskan semula, cadangan mendapatkan pandangan China terhadap isu AUKUS supaya Malaysia dan negara Asia Tenggara lain boleh ambil tindakan proaktif”.

“Malaysia baik dengan dua-dua pihak, China atau pun Amerika Syarikat, saling menghormati”.





“Tidak ada yang boleh laga-lagakan hubungan baik negara dengan dua kuasa besar itu”.

“Namun, kemesraan kita itu tidak bermakna kita akan berkompromi terhadap kedaulatan negara kita,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker