Mahiaddin Nak Langgar UMNO, PKR Nak Langgar Peja, Mampukah PPBM Bertahan?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yasin, baru-baru ini, PPBM akan ‘melanggar’ kawasan UMNO dalam PRU 15 nanti.

Keyakinan Mahiaddin adalah berdasarkan sikap PAS yang dilihat lebih mesra dengan PPBM berbanding UMNO.

Edisi Siasat yakin, pastinya kenyataan Mahiaddin itu disambut dengan senyuman sinis akar umbi dan pemimpin UMNO.

Ini adalah kerana, sudah menjadi rahsia umum, kekuatan PPBM hanyalah bersandar sepenuhnya kepada Mahiaddin.





Sekiranya Mahiaddin tumbang di dalam PRU 15, maka PPBM akan menghadapi krisis kepimpinan yang cukup serius kerana ketiadaan pemimpin pelapis.

Dari maklumat dalaman PPBM yang Edisi Siasat terima, Mahiaddin sendiri dikatakan tidak mampu untuk mempertahankan Parlimen Pagoh di dalam PRU 15 nanti dan kemungkinan besar Mahiaddin akan berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk memastikan kemenangan beliau.

Malah, mantan Pengerusi yang juga merupakan pengasas PPBM, Dr Mahathir, pernah membayangkan, sekiranya UMNO bertanding di dalam semua kerusi dalam PRU 15 nanti, PPBM akan tewas.

Namun, dalam keghairahan Mahiaddin mahu ‘melanggar’ semua kerusi UMNO dalam PRU 15 nanti, muncul lagi satu ancaman yang tidak boleh dipandang remeh oleh PPBM.

Farhash Wafa Salvador pemimpin muda dari PKR, mengumumkan secara terbuka akan mencabar Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu atau Peja di mana sahaja Peja akan bertanding di dalam PRU 15 di kerusi Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen.





Kalau dilihat dari sudut personaliti dan kredibiliti antara kedua-duanya, pengumuman Farhash akan memberikan cabaran yang cukup besar buat Peja.

Populariti dan kredibiliti Peja sudah tercalar teruk sejak beliau ditumbangkan dari jawatan Menteri Besar dalam Dewan Undangan Negeri Perak, sekiranya Peja masih memilih untuk bertanding di Perak dalam PRU 15 nanti.

Walau pun cabaran dari Farhash, kedudukan Peja di Perak belum pasti terjamin.

Namun sekiranya Peja memilih untuk bertanding di luar Perak, Edisi Siasat tidak nampak ada kawasan selamat untuk Peja bertanding kerana reputasi buruk beliau sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri dan juga sebagai Menteri Belia & Sukan yang beliau sandang sekarang.

Memang Farhash adalah pemimpin muda, namun beliau adalah merupakan anak didik Anwar Ibrahim dan sudah pasti Anwar akan memastikan kemenangan beliau di dalam PRU 15 nanti.





Pada bacaan politik kami, PPBM akan menghadapi masalah yang cukup besar selepas PRU 15 nanti.

Presiden dan Timbalan Presiden PPBM masih tercari-cari kawasan selamat untuk bertanding dan amat mengejutkan apabila kami menerima maklumat bahawa kemungkinan besar Zuraidah akan keluar dari PPBM dan menubuhkan parti sendiri yang hanya dianggotai oleh wanita kerana keretakan hubungan dengan Azmin Ali.

Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka ianya akan menjadi tamparan hebat ke atas PPBM.

Ini belum lagi diambil kira ketegangan hubungan antara geng kartel Azmin dengan pemimpin kanan PPBM.

Sebenarnya kedudukan PPBM kini ibarat telur di hujung tanduk dan Mahiaddin sendiri dikatakan sudah kehilangan punca untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalaman PPBM.





Jadi, jalan terbaik untuk menutup semua itu dan demi memberikan keyakinan palsu kepada parti komponen di dalam Perikatan Nasional terutamanya PAS, kerana jentera pilihanraya PAS adalah nyawa kepada PPBM untuk berkempen di dalam PRU 15, maka dizahirkan keyakinan plastik dari Mahiaddin bahawa PPBM akan melanggar semua kerusi UMNO di dalam PRU 15.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker