Medan uji kemampuan lawan ‘abang besar’

Medan uji kemampuan lawan 'abang besar'

Medan uji kemampuan lawan ‘abang besar’

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Malaysia bakal menjadi medan terbaik untuk dua pendatang baharu Liga Super musim depan, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sarawak United menguji kemampuan mereka bersaing dengan ‘abang besar’.

Buat skuad Hobin Jang Hobin selaku juara Liga Perdana, mereka diundi bakal menentang dua pasukan Liga Super iaitu naib juara, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Melaka United (MU) dalam Kumpulan C.

Skuad The Crocs sebagai naib juara Liga Perdana pula berdepan laluan lebih berliku apabila tiga pasukan Liga Super menanti mereka dalam Kumpulan A – Penang FC, KL City FC dan Sri Pahang FC.

Tidak keterlaluan untuk kita mengganggap saingan berprestij itu sebagai ‘ujian kemasukan’ atau pra Liga Super untuk dua pasukan terbaik Liga Perdana itu yang kini berpeluang bertarung dengan beberapa pasukan Liga Super.





Sudah pasti saingan ini menjadi ujibakat terbaik untuk mereka mendapat bayangan awal bagaimana caranya untuk bersaing dalam divisyen elit itu pada musim depan.

Meskipun saingan Piala Malaysia tidak ‘panjang’ seperti saingan liga namun setidak-tidaknya beberapa perlawanan ini dapat memberi kesempatan untuk mereka menilai sejauh mana kemampuan dan persediaan untuk ke Liga Super.

Namun status pendatang baharu seharusnya tidak memberi makna bahawa mereka adalah pasukan ‘cap ayam’ – mereka boleh mengambil Penang FC sebagai inspirasi mereka.

Penang FC juga sama seperti mereka – masuk ke Liga Super pada musim sebagai juara Liga Perdana 2020, namun mereka berjaya mencipta kejutan apabila menamatkan saingan di tangga ketiga.

Untuk itu, NSFC dan Sarawak perlu memanfaatkan Piala Malaysia sebaik mungkin untuk melihat sama ada mereka mampu menjadi seperti Penang FC ataupun sekadar ‘singgah’ buat semusim.





Medan uji kemampuan lawan ‘abang besar’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/rossi-harap-tuah-gp-amerika/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker