Pelajar antara empat ditahan buat aksi ‘wheelie’

Pelajar antara empat ditahan buat aksi 'wheelie'
Aksi remaja yang membuat aksi ‘wheelie’ sebelum ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan di Terengganu. – Foto PDRM

Pelajar antara empat ditahan buat aksi ‘wheelie’

KUALA TERENGGANU: Tindakan empat remaja lelaki termasuk seorang pelajar membuat aksi ‘wheelie’ membawa padah apabila ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan di negeri ini kelmarin.

Pelajar berusia 16 ditahan di Kampung Saujana, Setiu manakala tiga lagi remaja yang berusia antara 18 hingga 19 tahun ditahan berhampiran Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata keempat-empat remaja berkenaan ditahan sepasukan pegawai dan anggota Skuad 42 JSPT dalam usaha membendung kesalahan trafik termasuk aktiviti mat rempit di negeri ini.

Beliau berkata, operasi pertama di Jalan Lembah Bidong – Batu Rakit berhampiran Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus menahan tiga remaja kira jam 6 petang selepas melakukan aksi wheelie sejauh 150 meter.





“Skuad 42 JSPT bertindak mengekori kumpulan berkenaan sebelum menahan mereka ketika berhenti di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar terbabit sebelum itu bersiar-siar di sekitar Pantau Rhu, Setiu dan melakukan aksi wheelie sejauh 100 meter ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Raja, Besut.

“Kita memandang serius isu ini kerana tindakan mereka ini bukan sahaja berbahaya untuk diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

“Jangan jadikan cuti hujung minggu sebagai masa melepaskan gian melakukan aksi-aksi berbahaya di jalan raya,” katanya.

Menurut Ismail, remaja berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala empat buah motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama.





Katanya, sebanyak 22 keping saman turut dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, ubah suai aksesori, brek tidak berfungsi dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.

Pelajar antara empat ditahan buat aksi ‘wheelie’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/medan-uji-kemampuan-lawan-abang-besar/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker