Perikatan Hong Kong dibubarkan, susulan tindakan keras China

Perikatan Hong Kong dibubarkan, susulan tindakan keras China
HONG KONG: Kumpulan prodemokrasi Hong Kong yang menganjurkan sambutan tahunan memperingati peristiwa berdarah Tiananmen yang berlanjutan sejak tiga dekad lalu memilih untuk membubarkan gerakan mereka hari ini.
Ia susulan tindakan keras China yang ingin menghapuskan perikatan memperjuangkan perbezaan pendapat.
Perikatan Hong Kong adalah salah satu simbol paling menonjol bagi pluraliti politik di bandar raya itu dan pembubarannya adalah gambaran terbaharu mengenai seberapa cepat China menyusun semula pusat perniagaan itu kepada imej ‘autoritarian’ yang tersendiri.
Selepas mengumumkan keputusan untuk membubarkan kumpulan itu, wakil perikatan berkenaan membacakan surat daripada pengerusinya, Lee Cheuk-yan yang kini sedang ditahan di penjara.
Awal bulan ini, polis menahan tiga pemimpin kanan kumpulan itu termasuk Lee atas kesalahan jenayah membabitkan keselamatan negara.
Polis turut mengarahkan kumpulan itu untuk menghapuskan laman web dan platform media sosial, selain pihak berkuasa turut berikrar untuk membatalkan pendaftaran syarikat mereka.
“Saya masih berharap dapat meneruskan kepercayaan dunia kepada Perikatan Hong Kong dan dan meneruskan gerakan ini yang telah berlangsung selama 32 tahun,” kata salah seorang daripada tiga pemimpinnya, Chow Hang Tung yang turut didakwa atas kesalahan sama.
Beliau menulis surat berkenaan di penjara awal minggu ini.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin utama lain termasuk Lee dan Albert Ho menyokong pembubaran kumpulan berkenaan.
Untuk rekod, setiap 4 Jun, kumpulan itu menyalakan lilin besar di Taman Victoria Hong Kong yang secara rutin dihadiri oleh puluhan ribu penduduk dan jumlahnya semakin ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai memprotes tindakan Beijing. – AFP
Perikatan Hong Kong dibubarkan, susulan tindakan keras China
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/26/sami-buddha-berhimpun-bantah-junta-myanmar/