Rossi harap tuah GP Amerika

Rossi harap tuah GP Amerika
Aksi Rossi ketika ujian rasmi di Misano.

Rossi harap tuah GP Amerika

KUALA LUMPUR: Mampukah pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT), Valentino Rossi mencipta kejutan podium di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, minggu depan?

Di atas kertas, Circuit Of The Americas menghidangkan keputusan yang baik buat pelumba berusia 42 tahun itu dengan meraih tiga podium sejak 2013 iaitu ketiga pada 2015 dan masing-masing kedua pada 2017 dan 2019.

Begitupun tahun lalu, litar berkenaan tidak berupaya menjadi tuan rumah bagi GP Amerika Syarikat susulan penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Rossi yang mengumumkan persaraannya bermula musim depan berkata, dia tentunya mahu melakukan yang terbaik di Amerika Syarikat nanti, tambahan pula sesi ujian dua hari di Litar Misano baru-baru ini turut menunjukkan peningkatan.





“Benar ini adalah ujian terakhir saya sebagai pelumba MotoGP,” kata Rossi.

“Ujian adalah sesuatu yang susah dan bahagian paling sukar dalam kerja kami, terutama yang berlangsung dalam musim, namun ujian ini adalah sesuatu yang bagus buat kami.

“Kami hanya melakukan perubahan pada dua atau tiga perkara dan kami memberi tumpuan terhadap perkara yang kecil. Ia berlangsung dengan baik dan kami harap dapat menemui sesuatu yang lebih baik untuk baki empat perlumbaan nanti.

“Saya rasa kami berada di posisi yang lebih baik untuk menjadi lebih kompetitif. Kami akan berlumba di Austin, yang mana ia adalah trek yang hebat dan saya gemari. Kami sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik.”

Selepas perlumbaan di Austin, kalendar musim 2021 dijadual kembali ke Misano pada 24 Oktober sebelum ke Litar Antarabangsa Algarve bagi GP Algarve di Portugal pada 7 November.





Penutup tirai musim dijadual berlangsung di Litar Ricardo Tormo, Valencia pada 14 November depan.

Rossi harap tuah GP Amerika


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/26/5-tentera-indonesia-seorang-jururawat-dibunuh-penjenayah/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker