Sami Buddha berhimpun bantah junta Myanmar

Sami Buddha berhimpun bantah junta Myanmar
Sami Buddha prodemokrasi mengambil bahagian dalam demonstrasi terhadap junta. – Foto AFP

Sami Buddha berhimpun bantah junta Myanmar

YANGON: Sekumpulan sami Buddha prodemokrasi turun ke jalanan hari ini, dalam demonstrasi bagi menentang rampasan kuasa tentera yang secara kebetulan jatuh pada hari sama ulang tahun ke-14 tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh pemimpin paderi.

Puluhan sami yang mengenakan jubah panjang berwarna oren dan merah berhimpun di sekitar jalan di Mandalay dengan membawa bendera dan sepanduk, selain turut melemparkan simbol panji berwarna ke udara.

Mengikut sejarah, kumpulan sami di Myanmar dilihat sebagai kuasa moral tertinggi, pemimpin dalam komuniti dan turut berperanan menggerakkan penentangan terhadap rejim ketenteraan.

Bagaimanapun, rampasan kuasa itu memperlihatkan perpecahan dalam kalangan sami di negara itu dengan ada sebahagiannya menyokong pemerintahan junta, sementara ada dalam kalangan mereka menyokong penunjuk perasaan.





Mereka melaungkan pembebasan tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi, yang menang besar dalam pemilihan pada November lalu.

“Kami perlu mengambil risiko… terbabit dalam protes di jalanan, walaupun mungkin akan ditahan atau ditembak pada bila-bila masa. Kami tidak lagi selamat untuk tinggal di biara,” kata seorang sami berusia 35 tahun kepada AFP.

Pada 2007, sami Buddha memimpin demonstrasi besar di seluruh negara terhadap rejim junta tentera sebelumnya susulan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak.

Myanmar berdepan situasi tidak menentu dan kelumpuhan ekonomi sejak Februari selepas pemimpinnya, Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa, sekali gus menamatkan pemerintahan berteraskan demokrasi selama 10 tahun di negara itu. – AFP

Sami Buddha berhimpun bantah junta Myanmar


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/26/taliban-gantung-mayat-penculik-sebagai-amaran-di-afghanistan/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker