SPRM Sita Harta Bernilai RM1.6 Juta Milik Pegawai Kanan SPRM

SPRM memaklumkan telah menyita beberapa aset mewah milik pegawai kanan SPRM berhubung kes kehilangan barang kes yang membabitkan duit bernilai RM25 juta.

Antara aset yang telah disita ialah sebuah rumah dan beberapa buah kenderaan mewah yang kesemuanya bernilai RM1.6 juta.

Antara kenderaan mewah yang disita polis ialah kereta Mercedes Benz, Honda dan buah buah motosikal jenis Ducati.

Rumah dan kenderaan tersebut dipercayai milik pegawai SPRM berpangkat penguasa kanan gred 44 berusia 40 tahun.





SPRM sedang melakukan dokumentasi untuk mengetahui ‘asal-usul’ pemilikan semua harta itu memandangkan penguasa kanan terbabit dikesan hidup mewah melebihi gaji yang sepatutnya.

Siasatan kini tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana dia antara individu yang bertanggungjawab menyimpan ex­hibits sesuatu kes yang disiasat,” kata sumber.

Sumber itu turut memaklumkan penguasa kanan berkenaan juga disyaki terlibat dalam beberapa pelaburan dan pembelian hartanah, namun setakat ini pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti mengenai aktiviti terbabit.

Seorang lagi sumber yang dekat dengan perkara itu berkata, hasil pemeriksaan penguasa kanan berkenaan didapati menyimpan 400 butir peluru bersaiz 9 mm (milimeter) beserta tiga kelongsong peluru bersaiz 9mm serta sepucuk pistol tiruan.

Malah, pemeriksaan lanjut di rumah pegawai itu turut menemui sepucuk senapang jenis ‘pump gun’ jenama Benelli Armi selain 200 butir lagi peluru jenis 9mm, alat pembuka senjata serta senaskah buku manual penggunaan senjata.





“Semakan lanjut, penguasa kanan berkenaan mempunyai lesen senjata api membabitkan satu jenama lain yang dikeluarkan oleh Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Berdasarkan lesen penggunaan senjata api, pegawai berkenaan hanya dibenarkan untuk memiliki 100 butir peluru sahaja,” dedah sumber itu.

Difahamkan, satu sidang akhbar khas antara SPRM dan polis akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendedahkan hasil siasatan berhubung kes kecurian wang tunai RM25 juta yang hilang daripada kawalan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker