United tumbang lagi

United tumbang lagi
MANCHESTER: Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 sekali gus membolehkan Aston Villa menang 1-0 di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), buat kali pertama sepanjang tempoh12 tahun .
Kortney Hause meletakkan Villa di hadapan menerusi tandukan deras pada minit ke-88 sebelum pertahanan itu memegang bola untuk menghadiahkan talian hayat kepada tuan rumah.
Namun, percubaan Fernandes tinggi melewati palang di hadapan Stretford End untuk menamatkan rekod tanpa kalah United pada musim ini.
Selepas tersingkir awal daripada Piala Liga di laman sendiri, United kini gagal untuk menang ataupun menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.
– AGENSI
United tumbang lagi
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/26/ibu-makcik-saya-disahkan-positif-shuk/