Iman Troye bertunang? Naim Daniel kata, hanya gurauan

Iman Troye bertunang? Naim Daniel kata, hanya gurauan

Iman Troye bertunang? Naim Daniel kata, hanya gurauan

PETALING JAYA- “Sudah bertunang ke?”

Persoalan tersebut yang membanjiri ruangan komen sebuah hantaran Instagram milik penyanyi Iman Toryer selepas dia memuat naik foto seperti sudah melangsungkan majlis pertunangan.

“Alhamdulillah,” tulisnya dalam ruangan kapsyen seperti mengiakan dan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah dilamar orang.





Manis berbaju kurung berwarna hijau dan memegang sejambak bunga, pelantun lagu Teman itu turut mengundang tanda tanya ramai apabila meletakkan tag akaun Instagram Naim Daniel pada foto tersebut.

Menjelaskan situasi sebenar, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, berkata, tindakan Iman hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya dan Iman tidak bertunang pun, itu cara kami bergurau.

“Sebelum itu, dia sudah bertanya dan maklumkan kepada saya terlebih dahulu sama ada boleh atau tidak gurau begitu,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dihujani dengan pertanyaan tentang gurauan tersebut oleh netizen, Naim sempat memohon maaf sekiranya perkara tersebut mengundang rasa tidak selesa kepada umum.





“Apabila Iman buat begitu, saya saja nak bergurau dengan orang ramai.

“Apa pun, saya minta maaf sekiranya gurauan tersebut menganggu ketenteraman awam,” ujarnya lagi.

Hasil tinjauan, Iman dilihat sudah memadam tag nama Naim pada foto tersebut.

Difahamkan, foto tersebut dirakam dalam sebuah majlis pertunangan seorang rakan mereka.

Terdahulu, Iman sering dikaitkan mempunyai hubungan cinta bersama Naim susulan sering memuat naik foto berdua dalam media sosial. – K! ONLINE





Iman Troye bertunang? Naim Daniel kata, hanya gurauan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/27/kongsi-aib-dibenarkan-syarak-untuk-didedahkan-mungkin-posting-terakhir-pu-syed/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker