5 ditahan simbah cat merah, mengugut

5 ditahan simbah cat merah, mengugut
JOHOR BAHRU: Polis menahan lima individu selepas dikesan melakukan ugutan jenayah termasuk menyimbah cat merah pada kenderaan serta rumah, dalam enam serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Melaka pada Khamis serta Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada pengadu pada 20 September lalu yang mendakwa sebuah kereta miliknya disimbah cat merah dan nota ugutan jenayah dilekat pada pintu rumahnya.
Katanya, kesemua suspek yang ditahan adalah warga tempatan berumur 18 hingga 39 tahun dipercayai aktif di sekitar Johor Bahru dan Pontian.
“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek menerima upah daripada seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali sebanyak RM400 sehingga RM650 bagi setiap satu ‘tugasan’. Kesemua suspek hanya berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp.
“Hasil pemeriksaan lanjut di enam lokasi serbuan, polis merampas tujuh telefon bimbit, enam helai kertas catatan berbaur ugutan dan sebatang pen penanda.
“Pemeriksaan rekod jenayah lampau terhadap kesemua suspek mendapati, dua daripadanya mempunyai rekod kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kesemua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah antara tiga dan empat hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
5 ditahan simbah cat merah, mengugut
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/27/taufan-gulab-membadai-timur-india/