‘Kebijaksanaan’ Mahiaddin Sebagai Pengerusi MPN!!!

Sudah jelas lagi bersuluh, semasa memimpin Perikatan Nasional, Mahiaddin Md Yasin, telah gagal segagal-gagalnya mentadbir negara dengan baik.

Angka jangkitan kes baharu Covid-19 meningkat bukan berpuluh kali ganda, tetapi beribu kali ganda kalau dibandingkan angka hari pertama beliau dilantik sebagai Perdana Menteri dengan hari terakhir beliau.

Antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan pentadbiran beliau ialah gagal membuat keputusan yang tepat.

Ketika angka jangkitan kes baharu Covid-19 sedang memuncak di Sabah, kerakusan untuk menguasai Sabah telah menyebabkan gerakan untuk mengambil alih pemerintahan Sabah dari parti Warisan telah digerakkan.





Akibatnya, angka jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara kembali memuncak, walau pun keadaan sudah hampir dapat dikawal.

Ketika berpuluh-puluh kluster baharu di kesan di kilang, pentadbiran Mahiaddin membenarkan ratusan kilang kembali beroperasi.

Akibatnya kes jangkitan baharu Covid-19 melonjak secara konsisten ke lima digit hingga ke hari ini.

Tetapi, mungkin atas dasar mengenang jasa, Mahiaddin sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara sebagai pengerusi yang bertaraf menteri.

Antara keputusan awal yang dilakukan Mahiaddin sebagai Pengerusi MPN ialah membuka semula Pulau Langkawi kepada pelancong tempatan dan bercadang untuk membenarkan Langkawi menerima pelancong dari luar negara.





Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/16/mahiaddin-langkawi-akan-di-buka-kepada-pelancong-dari-luar-negara/

Edisi Siasat faham ramai yang terlibat dalam industri pelancongan kini sedang menghadapi saat genting kerana penutupan industri itu sudah berlarutan hingga melebihi setahun.

Tetapi membuka Langkawi untuk didatangi pelancong asing adalah keputusan yang akan membawa risiko yang sangat besar.

Dan kini, Mahiaddin dikatakan sedang berusaha untuk melakukan perbincangan dengan Singapura supaya sempadan antara Malaysia dan Singapura dapat dibuka semula.





Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/163246

Sekali lagi ini adalah keputusan yang berisiko tinggi kepada rakyat Malaysia dan boleh membawa bencana.

Singapura kini sedang bergelut dengan gelombang baharu jangkitan Covid-19 dan pada 23 September 2021 lepas, Singapura mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi.

Baca di sini:





https://www.sinarharian.com.my/article/163181/GLOBAL/Singapura-catat-kes-harian-Covid-19-tertinggi-1504-kes

Dan Mahiaddin sedang berusaha untuk membuka sempadan antara Malaysia dan Singapura!!!

Sekiranya Mahiaddin terus dikekalkan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, satu perkara yang amat pasti, Malaysia akan mengambil masa yang cukup lama untuk keluar dari masalah Covid-19.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker