Video Bakal Menantu Di Sepak Mertua Ketika Majlis Akad Nikah
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.
Gara-gara tidak menjaga tutur perkataan, bakal menantu disepak oleh bakal mertuanya ketika majlis akad nikah sedang berlangsung.
Kejadian berlaku di Oimbo, Kota Bima, Nusa Tenggara Barat.
Pada mulanya, acara akad nikah itu berlangsung lancar dengan penghulu yang mengetuai majlis berkenaan.
Ketika giliran bapa pengantin wanita membacakan istigfar dan syahadah apabila seorang lelaki tiba-tiba menyebut perkataan ‘bote’ yang membawa maksud monyet dalam bahasa Bima.
Tindakan itu mencetuskan reaksi daripada pihak keluarga pengantin lelaki dengan kedengaran suara kemarahan seorang wanita.
“Apa lagi masalahnya ini, hormatilah kami sebagai keluarganya”.
“Tak elok masalah ini didengari,” katanya dalam bahasa Bima.
Ianya menyebabkan bapa pengantin wanita sekali lagi menyerang menantunya, namun berjaya dileraikan.
Ketua Polis Kota Bima, Henry Novika Candra mengesahkan kejadian dalam video itu.
“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mencari motif dan kertas siasatan dibuka di bawah Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya.
Sumber: Detik.com