Polis Perak Tumpaskan Sindiket Seludup Dadah Ke Negara Jiran

Sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran tumpas selepas polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Hilir Perak menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun dan merampas 29 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM1 juta pada pukul 12.55 tengah malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek ditahan di tepi jalan di kawasan Bagan Lipas Laut, Rungkup bersama dua beg guni berisi dadah jenis syabu seberat 29kg.

Semasa ditahan, suspek dipercayai dalam proses membawa dadah tersebut ke jeti sebelum diseludup ke Indonesia melalui jalan laut.

Suspek menggunakan jeti haram untuk menyeludup dadah ke tengah laut menggunakan bot atau sampan di mana akan ada invididu lain yang menunggu untuk mengambil dadah berkenaan.





“Suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu dan mendapatkan bekalan dadah daripada seorang lelaki warga tempatan yang sedang dikesan”, katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

 

Sumber: Metro





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker