Shah Alam dilanda banjir kilat

SHAH ALAM – Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda daerah tersebut pada Ahad.
Banjir yang melanda kawasan tersebut terjadi akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 3 petang tadi.
Salah seorang penduduk di Batu 3, di sini, Muhamad Hafiezi Kamaruzaman, 32, berkata, banjir kilat di hadapan sebuah stesen minyak dengan ketinggian air sekitar 0.5 meter.
Menurutnya, terdapat beberapa buah kenderaan seperti motosikal dan bas juga gagal meredah kawasan banjir di sini, malah ada yang bertindak berpatah balik.
Selain itu, lelaki itu turut melaporkan bahawa keadaan banjir di sekitar sebuah kilang gula di sini juga masih belum reda.
“Laluan keluar dari Seksyen 19 menghala ke Lebuh Raya Persekutuan dinaiki air hingga ke paras betis atau lutut kira-kira 0.5 meter, namun jalan di berlainan arah dilaporkan semakin reda.
“Saya nampak beberapa buah kenderaan seperti motorsikal dan bas gagal melalui kawasan tersebut, ada juga yang berpatah balik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Shah Alam dilanda banjir kilat
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/26/isu-aukus-malaysia-nafi-terima-arahan-dari-china/