Shah Alam Tenggelam, Khalid Samad Pun Sama Sama Tenggelam?

Shah Alam Tenggelam

Beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang melanda tanpa henti sejak jam 3 petang tadi.

Salah seorang penduduk di Batu 3, di sini, Muhamad Hafiezi Kamaruzaman, 32, berkata, banjir kilat di hadapan sebuah stesen minyak dengan ketinggian air sekitar 0.5 meter.

Menurutnya, terdapat beberapa buah kenderaan seperti motosikal dan bas juga gagal meredah kawasan banjir di sini, malah ada yang bertindak berpatah balik.

Laluan keluar dari Seksyen 19 menghala ke Lebuh Raya Persekutuan dinaiki air hingga ke paras betis atau lutut kira-kira 0.5 meter, namun jalan di berlainan arah dilaporkan semakin reda.





“Saya nampak beberapa buah kenderaan seperti motorsikal dan bas gagal melalui kawasan tersebut, ada juga yang berpatah balik, katanya.

Dalam pada itu, turut tular beberapa gambar dan video dalam media sosial memaparkan keadaan banjir di sekitar kawasan ini.

Seorang lagi penduduk tempatan mempersoalkan, di manakah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menurut beliau, sejak petang semalam, tidak kelihatan kelibat Khalid Samad meninjau keadaan banjir kilat yang melanda Shah Alam.

“Sebahagian dari Shah Alam sudah tenggelam, Khalid pun tenggelam jugakah?, keluh beliau.






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/27/zuraidah-kes-adib-sudah-di-tutup/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker