Taufan Gulab membadai timur India

Taufan Gulab membadai timur India
KOLKATA: Taufan dan angin ribut melanda pantai timur India lewat hari ini, ketika puluhan ribu orang di tiga negeri dipindahkan ke tempat perlindungan.
Ribut dan taufan adalah ancaman biasa di utara Lautan Hindi tetapi ramai saintis menyatakan bahawa ia menjadi lebih kerap dan teruk kerana perubahan iklim menghangatkan suhu laut.
Taufan Gulab membadai daratan antara negeri-negeri pesisir Odisha dan Andhra Pradesh tepat jam 6:00 petang waktu tempatan, dengan tiupan angin hingga 95 kilometer sejam (km/j), kata Jabatan Meteorologi India.
Sistem ribut dari Teluk Benggala akan membawa ‘angin kencang dan hujan lebat (dan) sangat lebat’,” kata biro cuaca dalam nasihatnya hari ini.
Ia menambah, terdapat risiko banjir kilat di beberapa daerah.
Pegawai Odisha dan Andhra Pradesh telah memerintahkan puluhan ribu orang yang tinggal di sepanjang pantai untuk berpindah ke tempat perlindungan, sambil ratusan pekerja kecemasan dihantar ke wilayah terbabit.
Sebanyak 85,000 keluarga dijangka dipindahkan dari kawasan rendah ke tempat perlindungan sementara di negeri itu.
Pihak berkuasa di Benggala Barat – di sebelah utara Odisha – menyatakan hari ini bahawa, walaupun Gulab tampak tidak akan menyerang negeri itu secara langsung, mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga.
“Setakat ini kami telah memindahkan lebih 20,000 orang ke sekolah (dan) pejabat kerajaan, yang dijadikan pusat perlindungan taufan,” kata Bankim Hazra, menteri negeri yang bertanggung jawab untuk daerah kawasan rendah, kepada AFP.
Pesuruhjaya Bantuan Khas Odisha, P. K. Jena, berkata tujuh daerah di negeri itu berjaga-jaga dan usaha pemindahan sedang dijalankan.
Ganjam, sebuah daerah pesisir, dijangka dilanda taufan teruk, tambah Jena dalam satu kenyataan.
Pada Mei, lebih sejuta orang dipindahkan dari kediaman mereka di sepanjang pantai timur India sebelum dilanda oleh Taufan Yaas, dengan angin bertiup hingga 155km/j – setara dengan taufan kategori dua. – AFP
Taufan Gulab membadai timur India
Disyorkan Untuk Anda :
- SURAT TERBUKA UNTUK FIRDAUS WONG DAN CAPRICE
- PEKERJA INDON DI GUA MUSANG MAUT DI KISAR JENTERA PALONG BIJIH BESI
- MARAH DENGAN NETIZEN, BUAH HATI DATO’ VIDA CAMPAK DUIT DEPAN WARTAWAN (VIDEO)
- WHO: VARIAN DELTA KINI MENDOMINASI JANGKITAN COVID-19 DUNIA
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/27/vie-shantie-khan-terbang-ke-arab-saudi-tunai-umrah-buat-arwah-siti-sarah/