Usaha Gigih Warga Pendidik SMK Behrang 2020 Patut Di Contohi

Usaha gigih yang dilakukan oleh tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Behrang 2020, Tg Malim, Perak dalam memastikan pelajar SMK Behrang 2020 tidak tercicir sepanjang PDPR patut dicontohi oleh tenaga pengajar dari sekolah lain.

Atas inisiatif warga pendidik dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Behrang 2020, mereka telah mengedarkan modul ‘Ticket To Victory’ kepada 104 pelajarnya sebagai persiapan mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini secara percuma.

Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Behrang 2020 Dr Ghazali Din berkata, pihaknya menyedari kepentingan latihan dalam membantu kefahaman murid dalam pelajaran.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap murid yang menerima modul berkenaan dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya membuat latihan selain mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).





“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang mengorbankan masa dan tenaga dalam mengedarkan modul dengan harapan persiapan calon lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan SPM,” katanya.

Beliau berkata ketika hadir dalam mengedarkan modul kepada semua ibu bapa calon SPM 2021 secara pandu lalu, kelmarin.

Menurutnya, beliau berharap keputusan peperiksaan SPM 2021 sekolah berkenaan dapat mencatatkan peningkatan dan pelajar dapat menonjolkan personaliti yang hebat selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, sesi mengedarkan modul berkenaan disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Behrang 2020, Tuan Azshar Ramli.

“Modul berbentuk latih tubi ini dengan format terkini SPM yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.





“Ia mengandungi enam subjek iaitu Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,” katanya.

 

Sumber: Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker