Zuraidah: Kes Adib Sudah Di Tutup

Realiti yang berlaku di hadapan mata kita semua ialah keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib, anggota pasukan Bomba & Penyelamat sudah tiada.

Ini berikutan lengumuman yang dibuat oleh Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi, Zuraida Kamaruddin.

“Kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim sudah ditutup tetapi akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu”.





“Itu yang saya difahamkan tetapi mungkin mereka (pihak berkenaan) belum mengumumkan (kes berkenaan ditutup) dan melihat bagaimana kita dapat membantu keluarga Adib”, katanya ketika ditemui media pada Program Jelajah Ampang Prihatin di Kuala Ampang.

“Kita akan terus mencari siapa yang telah menyebabkan kematian Adib,” katanya.

Persoalan yang Edisi Siasat ingin kemukakan ialah:

  • Sejak bila kes Allahyarham Mohd Adib ditutup, kerana potfolio Zuraida sekarang ialah Perusahaan, Perladangan & Komoditi, tiada kaitan dengan kes Allahyarham Mohd Adib?
  • Adakah kes itu ditutup di era pemerintahan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional atau era Ismail Sabri?
  • Apa maksud Zuraida “kita akan terus mencari siapa yang telah menyebabkan kematian Allahyarham Adib”, bukankah Mahkamah Koroner sudah mengesahkan Allahyarham Adib mati sebab dipukul dan polis sudah pun memohon supaya pendakwaan terhadap ‘4 insan istimewa’ itu dipinda kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan?
  • Mengapa kes ini ditutup secara senyap-senyap?
  • Apakah kes kematian seorang penjawat awam yang mati dipukul ketika bertugas mahu disapu di bawah karpet?

Demi keadilan Allahyarham Mohd Adib dan demi Kedaulatan Undang Undang, rakyat Malaysia menuntut penjelasan!!!

Zuraidah: Kes Adib Sudah Di Tutup


​Disyorkan Untuk Anda :





Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/27/shah-alam-tenggelam-khalid-samad-pun-sama-sama-tenggelam/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker