Akibat Menunjuk Kemaluan Di Tempat Awam, Lelaki Di Cekup Polis

Akibat berkelakuan tidak senonoh di tepi jalan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) USJ 21, seorang lelaki telah ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menahan suspek susulan laporan dibuat oleh seorang wanita pada jam 12.54 tengah hari di Balai Polis USJ 8.
“Mangsa mendakwa ketika dia berada di lokasi kejadian, suspek telah datang lalu membuka seluar serta mengeluarkan kemaluannya dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya.
Kes disiasat bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan perkataan atau menunjukkan isyarat yang dimaksud bagi mengaibkan kehormatan seseorang.