Akibat PKP, Bukan Manusia Sahaja Yang Ramai Mengandung, Binatang Di Zoo Pun Banyak Bunting

Rupa-rupanya Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi juga haiwan di zoo.

Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/518680

Beberapa spesies haiwan melahirkan anak sepanjang tempoh 10 bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman.





eliau berkata, selain ungka tangan putih (white handed gibbon) yang melahirkan anak kembar pertama kali direkodkan di Asia, monyet capuchin dari Afrika Selatan turut melahirkan seekor anak, dua minggu lalu.

Selain itu, ujarnya, kambing gurun juga melahirkan dua ekor anak iaitu pada PKP pertama Mac 2020, dan seekor lagi ketika PKP tahun ini.

Zoo Melaka juga sedang menanti kelahiran anak pertama singa putih dari Afrika Selatan yang dijangka dilahirkan pada bila-bila masa.

“Pekerja zoo menyedari haiwan tersebut mula mengawan tiga bulan lalu dan sejak itu, ia dipantau dari segi diet pemakanannya, kesihatan dan kebersihan kawasan sekitar.

“Antara binatang lain yang sarat bunting ketika ini ialah rusa lechwe dan rusa bintik. Dianggarkan antara dua atau tiga ekor dijangka melahirkan anak tidak lama lagi.





“Mungkin disebabkan tiada kedatangan orang ke zoo membolehkan haiwan ini mengawan tanpa digangg,” katanya ketika ditemui.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker