Bekas pegawai bank didakwa pecah amanah
Bekas pegawai bank didakwa pecah amanah
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus perhubungan di sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM411,442.17 milik seorang warga emas untuk membeli tujuh jongkong emas tanpa pengetahuan lelaki itu, tiga minggu lalu.
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya, dibacakan di depan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mohd Saibulrijal, yang ketika itu memegang jawatan sebagai pengurus perhubungan didakwa melakukan pecah amanah dengan membuat pengeluaran deposit simpanan tetap berjumlah RM411,442.17 milik seorang pelanggan Choo Lai Hock, 63 dan memindahkannya ke dalam akaun semasa milik pelanggan sama.
Tertuduh kemudian membuat pembelian tujuh jongkong emas seberat 1.5 kilogram bernilai RM376,110.72 tanpa pengetahuan dan kebenaran pelanggan itu untuk kegunaan tertuduh sendiri.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di pusat beli belah di Bangsar, Brickfields di sini pada 6 September lalu di antara 8.52 pagi sehingga 4.50 petang, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bekas pegawai bank didakwa pecah amanah
Disyorkan Untuk Anda :
- ZURAIDAH: KES ADIB SUDAH DI TUTUP
- SHAH ALAM TENGGELAM, KHALID SAMAD PUN SAMA SAMA TENGGELAM?
- SENYUM PAGI: SENYUM BOLEH TAPI JANGAN GELAK
- ‘KEBIJAKSANAAN’ MAHIADDIN SEBAGAI PENGERUSI MPN!!!
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/28/jdt-baham-kelantan-fc/